Wednesday, July 25, 2012

Model Bunker & Thorpe


-Teaching Games for Understanding- 
[TGfU]


PENGENALAN
TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar sekolah menengah
TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan:
Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan
Meningkatkan tahap aktiviti fizikal
Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria
Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga masa kini
FAKTOR-FAKTOR
Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU:
Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan
Kekurangan pengetahuan tentang permainan
Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan
Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan
Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan
MATLAMAT
Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan
Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan
PERKEMBANGAN
Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa
Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola
Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama:
Target
Striking / Fielding
Net / Wall
 Invasion
KATEGORI PERMAINAN
Target
Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata
Contoh: bowling, archery, golf
Striking / Fielding
Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding
Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan
Contoh: baseball , softball, cricket
Net / Wall
Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding
Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang
Contoh: badminton, squash, table tennis

 Invasion / Serangan
Permainan berpasukan
Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata
Contoh: soccer, basketball, handball
TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN
Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras
TGfU bertujuan untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan
Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut
Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori yang sama
Contoh:
Pelajar yang telah belajar bola keranjang atau bola sepak dapat main bola baling

SEKIAN, TERIMA KASIH

Wednesday, July 11, 2012

Buat Semua Pelajarku...

Renung-renungkanlah:"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal 
terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."