Monday, April 22, 2013

Salam Alaik & Salam Sejahtera

Kepada semua pelajar PISMP, PPISMP, PGSR, PPG, DPLI & KDC,
Peperiksaan hampir tiba. Seperti biasa, pelajar yang bersedia lebih awal akan tenang dan selesa menduduki peperiksaan berbanding dengan pelajar yang lambat membuat persediaan. Diharap para pelajar dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan kali ini. Saya sudahi dengan serangkap pantun di bawah:

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Selamat Maju Jaya!!!