Wednesday, September 5, 2012

KUMPULAN 3A UiTM

Salam sejahtera, makluman kepada semua pelajar kumpulan 3A HSM225 Rekreasi.  Amali kayak akan diadakan pada 6 September 2012, jam 3 petang di tasik depan UiTM Merbok. Sila dapatkan butiran daripada saudara Mohamad Fadzly b Ismail. Kehadiran adalah diwajibkan.

TUGASAN TMK M12: F2C & F2D

Salam sejahtera,
Sebagaimana maklumat awal yang telah saya sampaikan, tugasan bagi minggu ini iaitu minggu ke 12 adalah seperti berikut:

• Kemahiran penggunaan e-mail, laman web, & enjin pencari

Kumpulan anda dikehendaki mencari 5 laman web berkenaan penggunaan e-mail (nyatakan URL sahaja) dan juga menyenaraikan 5 enjin pencari. Poskan ke comment dalam blog saya secara berkumpulan. 
Bagi new post blog anda, anda dikehendaki menceritakan dengan gaya tersendiri tentang penggunaan email dan menyenaraikan 5 enjin pencari. Pilih satu enjin pencari dan terangkan kenapa anda memilih enjin pencari tersebut sebagai enjin pencari utama anda. Tugasan hendaklah disiapkan pada atau sebelum 11 September jam 11.59 pm. Terima kasih.
Semoga anda dapat memanfaat masa yang diberi. 

Demi Masa!!!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.