Wednesday, July 3, 2013

Selamat Datang

Selamat Datang dan Selamat Bertemu pada semua pelajar terutama pelajar PPISMP F3C dan PISMP P4A, P4C dan P4E. Saya mengharapkan agar para pelajar sekalian akan lebih baik pada semester ini. Untuk para pelajar F3C, diharap anda mendapatkan maklumat yang terkini mengenai kursus anda.


"Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi."

Monday, April 22, 2013

Salam Alaik & Salam Sejahtera

Kepada semua pelajar PISMP, PPISMP, PGSR, PPG, DPLI & KDC,
Peperiksaan hampir tiba. Seperti biasa, pelajar yang bersedia lebih awal akan tenang dan selesa menduduki peperiksaan berbanding dengan pelajar yang lambat membuat persediaan. Diharap para pelajar dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan kali ini. Saya sudahi dengan serangkap pantun di bawah:

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Selamat Maju Jaya!!!

Wednesday, January 23, 2013

Selamat Datang

Selamat datang kepada semua pelajar PPISMP & PISMP Semester 1 Tahun 2013. Kembali bertemu buat kelas F3C-BT dan F3D-SJ. Selamat berjumpa dan berkenalan buat F2D-DT.
Pada semester ini saya ditugaskan untuk mengajar anda bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani 1 dan Pendidikan Jasmani Asas. Diharap para pelajar dapat bersedia untuk belajar bersama-sama saya.

Success is a journey, not a destination. ~ Ben Sweetland