Buat pelajar-pelajar F2C & F2D yang akan menduduki peperiksaan PJ2311 pada petang ini, saya ucapkan Selamat Maju Jaya. Sila lawat laman di bawah untuk bacaan tambahan:
http://www.slideshare.net/IlyaAdira/pjk-lari-bergtanti-ganti
Tuesday, November 6, 2012
Sunday, October 28, 2012
GOOD LUCK KEPADA SEMUA PELAJAR YANG DISAYANGI
Selamat sejahtera kepada semua pelajar P2B, F2C & F2D:
- Pastikan anda membuat ulangkaji yang cukup untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti.
- P2B; baca bahan-bahan yang dibekalkan kepada kamu sama ada melalui fotostat ataupun bahan-bahan yang telah dimuatnaik (upload) ke dalam blog saya. Beri tumpuan kepada objektif, matlamat dan juga aspek-aspek keselamatan. Pastikan anda menjawab memenuhi ruangan kosong yang disediakan.
- F2C & F2D; pastikan anda membuat persediaan yang rapi tentang TMK. Maklumat-maklumat yang telah saya minta anda muatnaik ke dalam blog masing-masing mungkin berguna kepada anda.
- Selamat Maju Jaya kepada anda semua dan saya yakin anda boleh menjawab yang terbaik.
"U NEVER KNOW HOW STRONG U ARE UNTIL BEING STRONG IS THE ONLY CHOICE U HAVE"
“Before you can work smart you must work hard.”
Konsep Pergerakan Asas
Konsep pergerakan asas terbahagi kepada 4 iaitu :
1. Kesedaran ruang.
2. Kesedaran tubuh badan.
3. Beban .
4. Ruang.
I. Kesedaran ruang
Kesedaran ruang melibatkan lokasi, arah , aras , laluan dan
ekstensi.
- Lokasi – ruang diri dan ruang am.
- Arah – ( atas- bawah ), ( kiri-kanan ), ( depan belakang )
- Laluan – lurus , melengkung , zig – zag.
- Ekstensi – ( besar – kecil ) , ( jauh – dekat )
Kesedaran ruang menentukan arah pergerakan tubuh badan. Ia
juga dapat mengesan tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya
gerakan.
II. Kesedaran Tubuh Badan.
Elemen asas yang terdapat dalam kesedaran tubuh badan ialah
:
- Gerak laku asas tubuh.
- Aktiviti gerak laku anggota – anggota tubuh.
- Aktiviti serta bentuk – bentuk tubuh badan.
Manakala kesedaran tubuh badan dalam lakuan bahagian tubuh
badan memfokuskan fungsi bahagian tubuh badan yang menyokong tubuh badan serta
membimbing dan memikul berta badan.
III. Beban
Beban pula melibatkan kelajuan sesuatu pergerakan. Ia juga
menitikberatkan akan kekuatan. Antaranya.
- Masa : cepat – lambat.
- Daya : kuat – ringan.
- Aliran : bebas – terikat.
IV. Perhubungan.
Perhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia.
Sebagai contoh;
1. Objek : atas – bawah, dekat – jauh, keliling – sisi,
bertemu – berpisah.
2. Manusia. Memimpin – ikat, solo, berpasangan dan
berkumpulan.
JENIS – JENIS PERGERAKAN ASAS
Pergerakan asas terbahagi kepada 2 kategori iaitu pergerakan
kreatif dan gimnastik.
1. Pergerakan Kreatif
Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang
menggabungkan gerakan - gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan
dilakukan secara kreatif ( meliputi aktivti gerak tari ) bertujuan untuk
membantu kanak-kanak menyelesakan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing
( expression functional ).
CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF
Pendekatan pergerakan kreatif digunakan didalam pergerakan
asas Bagi mempertingkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan
khasnya dalam menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran
dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.
2. Pergerakan gimnastik
Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi
pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal,
kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan
dan dirian tangan. Konsep asas gimnastik terbahagi kepada tiga iaitu
kelenturan, imbangan dan koordinasi. Ketiga-tiga konsep tersebut memainkan
peranan penting dalam melahirkan ahli gimnastik. Dalam erti kata lain,
ketiga-tiga konsep tersebut merupakan asas penilaian terawal seseorang individu
yang ingin menceburkan diri dalam sukan gimnastik.
I. Konsep Imbangan
Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan
berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai
ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh
difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia
berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti.
Contoh-contoh imbangan ialah seperti, aksi-aksi berjalan, berlari, melompat,
mengguling, meloncat serta meluncur yang merupakan antara lakuanmemindahkan
beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan
lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik.
II. Konsep Kelenturan ( flexibility )
Kelenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan
sendi bergerak dengan sepenuhnya. Contoh ialah membongkok badan ke hadapan.
Menurut Safrit & Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai
julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke ekstensi
ataupun ekstensi ke fleksi. Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok.
Ekstensi pula adalah pergerakan untuk meluruskan. Contoh bagi teori ini ialah
gerakan ayunan lutut pada kegiatan gerak jalan.
Gerakan ayunan ke depan merupakan (ante) fleksi dan ayunan
ke belakang disebut (retro) fleksi / ekstensi. Ayunan ke belakang yang lebih
lanjut disebut hiperekstensi. Manakala menurut Johnson & Nelson (1986),
kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan
yang berlebihan pada bahagian “ artikulasi” dan penyambung otot.
III. Konsep Koordinasi
Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang
melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki, dan badan. Koordinasi menyelaraskan
sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat
berfungsi secara bersepadu. Contoh aktiviti,ialah melambung dan menyambut bola
besar atau pundi kacang yang mana memerlukan keselarasan mata, tangan,kaki dan
badan untuk melambung dan menyambut bola tersebut. Koordinasi badan terdiri
daripada koordinasi kimia dan juga koordinasi saraf. Koordinasi kimia ialah
bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan kelenjar
endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan dan
dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar
endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia membebaskan hormon terus ke
dalam aliran darah kita. Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokrin utama
iaitu pituitari, tiroid, adrenal, pankreas, ovari dan juga testis. Jika
kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan dan
contohnya ialah jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi
seseorang akan mengidap kencing manis. Dengan ini, secara tidak langsung
mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti.
KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS
Di dalam pergerakan asas terdapat 3 kemahiran iaitu;
1. Kemahiran Lokomotor.
2. Kemahiran Bukan Lokomotor.
3. Kemahiran Manipulasi Alatan.
A. Kemahiran Lokomotor.
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu
tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku
pergerakan yang dirancang.
Konsep Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran.
Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat
arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan
dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
ARAH
Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke
kiri atau ke kanan
HALUAN
Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh
dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain
MASA
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan
pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba
atau terkawal
Bentuk Pergerakan Lokomotor
BERJALAN
Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru
pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
2. Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar
permainan berjalan
3. Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan
4. Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan
5. Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak
6. Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan
7. Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki
berjalan
8. Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan
9. Berjalan naik tangga
BERLARI
Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru
pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus
2. Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi.
3. Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan
4. Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan
berhenti apabila isyarat
di berikan dan berlari semula
5. Berlari kehadapan serta berundur kesisi
6. Berlari mengikut seorang ketua
7. Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan
8. Berlari mengikut arah zig zag
9. Lari beberapa langkah dan kemudian melompat
MELOMPAT
Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru
pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Melompat seperti rusa melompat pagar
2. Melompat tali atau garisan di atas lantai
3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras
lantai
4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan
5. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
6. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat
7. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
8. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat
9. Melompat sambil mengubah arah lompatan
MELOMPAT KETINGTING
Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan
oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki
selama empat
kiraan
2. Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan
3. Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan
kekiri-kekanan
mengikut isyarat
4. Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak
MERANGKAK
Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh
guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Merangkak melalui pelbagai halangan
2. Merangkak melalui bawah sarang labah-labah
3. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat
4. Merangkak melalui tali
B. Kemahiran Bukan Lokomotor.
Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga
di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih
tempat.
Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan
statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor
membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik badan seharusnya
berada dalam keadaan fleksibel dan seimbang. Gerakan dalam aktiviti ini
perlulah di buat dalam keadaan tenang dan kurang tekanan.
Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor
DUDUK
Di antara aktiviti berjalan yang selalu di lakukan oleh guru
pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:
1. Duduk dalam keadaan bersila
2. Duduk dalam keadaan melunjur
3. Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan
4. Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit
5. Duduk dalam keadaan kaki keatas dengan gaya mengayuh
basikal
6. Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki
7. Duduk melutut
8. Duduk mendekam
BERDIRI
Di antara aktiviti berdiri yang selalu di lakukan oleh guru
pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:
1. Berdiri lurus
2. Berdiri dengan membongkok ke hadapan
3. Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan
serta diulang caranya
dengan kaki kanan
4. Berdiri dengan memusing pada paras pinggang
5. Berdiri dengan mengilas ke kiri dan ke kanan
6. Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi
lutut kanan
seterusnya berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus
menyentuh sisi lutut
kiri
7. Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki
8. Berdiri dengan memusing tangan ke kiri dan ke kanan
C. Kemahiran Manipulasi Alatan
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat
menyediakan diri pelajar
untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai
kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan
objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola besar, gelung, rotan, batang rotan,
tali dan relang getah.
Konsep Kemahiran Manipulasi Alatan
Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau
mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk
gerakan.Kemahiran manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra
sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan
untuk mengawal,mengawasi atau menangani sesuatu.objek.
Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran
sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas
manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan-
mata, kaki mata dan lain-lain.
Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat
Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan
sekolah rendah ialah:
MEMBALING DAN MELAMBUNG
Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh
guru pendidikan
jasmani ialah seperti berikut:
1. Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut
semula
3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula
4. Meleretkan bola kedinding dan menahan semula
MENYAMBUT
Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh
guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut
semula
3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula
4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan
5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan
MEMUKUL
Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru
pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:
1. Memukul alatan dengan tangan
2. Memukul alatan dengan gengaman
3. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran
4. Melambung belon keudara dan kemudian memukul
RUJUKAN & TERIMA KASIH KEPADA
http://www.scribd.com/doc/35296251/KONSEP-PERGERAKAN-ASAS
http://cikguamira.blogspot.com/2011/11/tugasan-isl-1-pjm-3102.html
JENIS BATERI UJIAN & PERGERAKAN ASAS PJM3102
Sila lawat laman : http://www.scribd.com/doc/48789878/JENIS-BATERI-UJIAN
Bacaan tambahan; Pergerakan Asas PJM3102 sila lawat laman http://www.scribd.com/doc/38612402/PA
Bacaan tambahan; Pergerakan Asas PJM3102 sila lawat laman http://www.scribd.com/doc/38612402/PA
MODEL KURIKULUM BUNKER & THORPE (1982) (Teaching Game for Understanding (TGfU))
1. Bentuk permainan (Game form)
Bentuk permainan dalam model kurikulum Bunker & Thorpe (1982) ialah
permainan mini yang menyerupai permainan sebenarnya. Bentuk permainan itu
melibatkan ruang permainan, alatan permainan, bilangan pemain dll. Pelajar-pelajar perlu memahami bentuk
permainan untuk mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan.
2. Penghayatan permainan (Game
appreciation)
Pelajar diperlukan memahami peraturan
permainan yang diubahsuaikan dari permainan asal.
Kemudian, mereka akan menghayati bahawa pengubahsuaian peraturan akan
mengubah taktik yang akan digunakan. Misalnya, apabila peraturan diubah agar saiz
gol dibesarkan, maka penjagaan gol adalah lebih susah dan taktik pertahanan
juga perlu diubahkan.
3. Kesedaran taktikal ( Tactical
awareness)
Pelajar menggunakan peraturan permainan untuk menambah faedah kepada pasukan
sendiri sambil mengurangkan faedah pihak
lawan. Mereka mengaplikasikan pendekatan taktikal berdasarkan prinsip-prinsip
permainan seperti:
·
mencipta
ruang untuk pihak sendiri / menghadkan
ruang pihak lawan.
·
bertindakbalas
terhadap kekuatan/kelemahan pasukan
diri/lawan
·
penguasaan
bola – melindungi bola diri tetapi merampas bola lawan.
4. Membuat keputusan (Decision making)
Semasa permainan dijalankan,
pelajar-pelajar sentiasa menilai situasi, menjangka kemungkinan
dan membuat keputusan memilih tindakan yang
sesuai mengikut situasi tentang
·
apa yang perlu dilakukan
·
bila melakukannya
·
bagaimana melakukannya
5. Pelaksanaan kemahiran ( Skill execution)
Setelah murid-murid mengenalpasti apa yang perlu dibuat dan bila perlu
membuatnya, mereka adalah rela dan bersedia untuk belajar bagaimana melakukan kemahiran dengan berkesan.
Contoh: setelah seseorang pelajar mengenalpasti faedah memukul bulu
tangkis ke belakang gelanggang lawannya, maka dia adalah lebih rela dan
bersedia mempelajari teknik ‘drop shot’.
Di peringkat pelaksanaan kemahiran, fokus
pembelajaran (butiran mengajar)
untuk melakukan sesuatu kemahiran itu adalah ditekankan. Semua kemahiran itu dipelajari mengikut kesesuaian dalam konteks permainan, bukan secara
berasingan.
6. Penilaian prestasi (Performance)
Hasil pembelajaran dinilai berdasarkan kriteria
tertentu dalam aspek-aspek:
- kebolehan kemahiran pelajar dalam situasi
permainan
- respon yang bersesuaian dengan
situasi yang berada di dalam permainan.
PERGERAKAN ASAS
PENGENALAN PERGERAKAN
ASAS
•
Pergerakan: proses yang memandu pelajar untuk memperoleh
kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan
improvasasi dengan menekankan kebebasan eksperesi yang berteraskan penerokaan,
penemuan dan kreativiti.
•
Pendidikan Pergerakan: belajar untuk bergerak dan
bergerak untuk belajar.
•
Haubensstriker
dan Seefeld (1986), menyatakan bahawa tempoh di sekolah rendah adalah penting
untuk mempelajari kemahiran motor yang melibatkan lokomotor dan objek-objek
kawalan motor.
•
Perkembangan
kemahiran asas dalam kalangan murid menjadi satu tugas utama pendidikan
jasmani.
•
Kemahiran
berbentuk utilitarian (untuk menjalankan tugas-tugas seharian) dan keriadahan (untuk
kegiatan masa lapang).
•
Pihak
sekolah perlu menyediakan peluang dan kemudahan yang secukupnya supaya murid
memperoleh berbagai kemahiran semasa belajar di sekolah rendah untuk
menggalakkan mereka terus melibatkan diri dalam kegiatan sukan di sekolah
menengah.
•
Bagi
mencapai matlamat ini latihan kemahiran dengan menggunakan peralatan seperti
pundi kacang, bola kecil dan besar, gelung rotan, tali dan peralatan asas
membantu murid menguasai kemahiran manipulasi dan ketangkasan.
•
Pakar
PJ (Gallahue, D.L., 1996; Gabbard, C., LeBlanc, B, & Lowy, S., 1994; Burton,
1977) membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor,
pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif.
•
Thomas,
Lee & Thomas (1998) pula menyatakan bahawa manipulasi melibatkan 3 aspek:
1. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti
melontar, menyepak, memukul, merejaam
dan mengumpan.
2. Menguasai objek termasuk menagkap
dan menyambut
3.
Mengawal
objek seperti menggelecek dan memantul.
· Selepas
mempelajari kemahiran ini, barulah murid bersedia untuk mempelajari kemahiran
yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan.
•
Matlamat Pergerakan Asas:
1.
Menguasai
kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan
2.
Memantapkan
kecergasan fizikal, pengetahuan dan sikap
3.
Memperkembangkan
keyakinan dan daya cipta murid dalam segala pergerakan yang memerlukan kawalan
badan
•
Objektif Pergerakan Asas:
1.
Memberi
peluang kepada murid membina kecekapan dan keyakinan dalam segala kegiatan.
2.
Memperbaiki
penyelarasan ototsaraf, daya tenaga asas, ketangkasan dan timbangan dalam
penggunaan peralatan.
3.
Memupuk
tetelaku sosial dan emosi yang disanjungi masyarakat.
4.
Membina
kefahaman dan pengetahuan tentang perkara seperti masa, ruang, hala, jarak, rentak, suai masa dan
sebagainya melalui pengalaman yang
bererti.
5.
Memperkayakan
pengalaman pergerakan murid dalam pelbagai situasi.
6.
Membina sifat-sifat jasmani seperti
kordinasi otot saraf yang cekap, ketangkasan dan kelembutan badan.
7.
Memberi
kepuasan dan keseronokan melalui latihan pergerakan .
8.
Melengkapkan
murid dengan kemahiran asas untuk kegiatan rekreasi .
•
Perkara-pekara penting semasa pengajaran kemahiran motor:
1.
Alat
dan kemudahan yang digunakan seharusnya sesuai dengan kanak-kanak.
2.
Kanak-kanak
perlu diberi peluang untuk melibatkan diri dalam semua kemahiran untuk sesuatu
permainan tertentu.
3.
Aktiviti
untuk kanak-kanak boleh diubahsuai supaya kemahiran dapat dikembangkan dengan
betul kerana ia memotivasikan kanak-kanak untuk ingin mencapai tahap yang lebih
tinggi.
4.
Kanak-kanak
perlu mencapai kejayaan di dalam pengalaman pembelajaran mereka. Kanak-kanak
akan teru berkecimpung dalam aktiviti tertentu jika mereka pernah merasai
kejayaan dan mempunyai tahap keupayaan yang tinggi. Kejayaan memberi keyakinan
kepada kanak-kanak.
•
Rumusan:
•
Merupakan
suatu proses untuk meningkatkan prestasi individu melalui aktiviti fizikal
terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki.
Wednesday, September 5, 2012
KUMPULAN 3A UiTM
Salam sejahtera, makluman kepada semua pelajar kumpulan 3A HSM225 Rekreasi. Amali kayak akan diadakan pada 6 September 2012, jam 3 petang di tasik depan UiTM Merbok. Sila dapatkan butiran daripada saudara Mohamad Fadzly b Ismail. Kehadiran adalah diwajibkan.
TUGASAN TMK M12: F2C & F2D
Salam sejahtera,
Sebagaimana maklumat awal yang telah saya sampaikan, tugasan bagi minggu ini iaitu minggu ke 12 adalah seperti berikut:
• Kemahiran penggunaan e-mail, laman web, & enjin pencari
Kumpulan anda dikehendaki mencari 5 laman web berkenaan penggunaan e-mail (nyatakan URL sahaja) dan juga menyenaraikan 5 enjin pencari. Poskan ke comment dalam blog saya secara berkumpulan.
Bagi new post blog anda, anda dikehendaki menceritakan dengan gaya tersendiri tentang penggunaan email dan menyenaraikan 5 enjin pencari. Pilih satu enjin pencari dan terangkan kenapa anda memilih enjin pencari tersebut sebagai enjin pencari utama anda. Tugasan hendaklah disiapkan pada atau sebelum 11 September jam 11.59 pm. Terima kasih.
Semoga anda dapat memanfaat masa yang diberi.
Demi Masa!!!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Tafsir Surah Al ‘Asr – 103)
Wednesday, July 25, 2012
Model Bunker & Thorpe
-Teaching Games for
Understanding-
[TGfU]
PENGENALAN
TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar sekolah menengah
TGfU merupakan satu
model pendidikan
yang menekankan:
Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan
Meningkatkan tahap aktiviti fizikal
Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat
yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria
Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga masa kini
FAKTOR-FAKTOR
Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU:
Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan
Kekurangan pengetahuan tentang permainan
Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan
Terlalu mengharapkan jurulatih atau
guru untuk membuat keputusan
Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan
MATLAMAT
Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan
yang sesuai ketika permainan berjalan
Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan
PERKEMBANGAN
Selepas kajian
Bunker dan
Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa
Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan
bola
Pada tahun
2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama:
Target
Striking /
Fielding
Net / Wall
Invasion
KATEGORI PERMAINAN
Target
Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata
Contoh: bowling,
archery, golf
Striking / Fielding
Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding
Mengumpul mata melalui larian
yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan
Contoh: baseball ,
softball, cricket
Net / Wall
Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding
Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang
Contoh: badminton,
squash, table tennis
Invasion / Serangan
Permainan berpasukan
Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata
Contoh: soccer,
basketball, handball
TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN
Setiap permainan dalam kategori
yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan
yang mirip atau seiras
TGfU bertujuan untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan
Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut
Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan
lain dalam kategori
yang sama
Contoh:
Pelajar
yang telah belajar
bola keranjang atau
bola sepak dapat
main bola baling
SEKIAN, TERIMA KASIH
Subscribe to:
Posts (Atom)