Sunday, October 28, 2012

PERGERAKAN ASAS


PENGENALAN PERGERAKAN ASAS
           Pergerakan:   proses yang memandu pelajar untuk memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvasasi dengan menekankan kebebasan eksperesi yang berteraskan penerokaan, penemuan dan kreativiti.
          Pendidikan Pergerakan:  belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.
          Haubensstriker dan Seefeld (1986), menyatakan bahawa tempoh di sekolah rendah adalah penting untuk mempelajari kemahiran motor yang melibatkan lokomotor dan objek-objek kawalan motor.
          Perkembangan kemahiran asas dalam kalangan murid menjadi satu tugas utama pendidikan jasmani.
          Kemahiran berbentuk utilitarian (untuk menjalankan tugas-tugas seharian) dan keriadahan (untuk kegiatan masa lapang).
          Pihak sekolah perlu menyediakan peluang dan kemudahan yang secukupnya supaya murid memperoleh berbagai kemahiran semasa belajar di sekolah rendah untuk menggalakkan mereka terus melibatkan diri dalam kegiatan sukan di sekolah menengah.
          Bagi mencapai matlamat ini latihan kemahiran dengan menggunakan peralatan seperti pundi kacang, bola kecil dan besar, gelung rotan, tali dan peralatan asas membantu murid menguasai kemahiran manipulasi dan ketangkasan.
          Pakar PJ (Gallahue, D.L., 1996; Gabbard, C., LeBlanc, B, & Lowy, S., 1994; Burton, 1977) membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif.
          Thomas, Lee & Thomas (1998) pula menyatakan bahawa manipulasi melibatkan 3 aspek:
1.       Memberi tenaga kepada objek-objek seperti  melontar, menyepak, memukul, merejaam dan mengumpan.
2.       Menguasai objek termasuk menagkap dan menyambut
3.       Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul.
·                    Selepas mempelajari kemahiran ini, barulah murid bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih      rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan.
          Matlamat Pergerakan Asas:
1.       Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan
2.       Memantapkan kecergasan fizikal, pengetahuan dan sikap
3.       Memperkembangkan keyakinan dan daya cipta murid dalam segala pergerakan yang memerlukan kawalan badan
          Objektif Pergerakan Asas:
1.       Memberi peluang kepada murid membina kecekapan dan keyakinan dalam segala kegiatan.
2.       Memperbaiki penyelarasan ototsaraf, daya tenaga asas, ketangkasan dan timbangan dalam penggunaan peralatan.
3.       Memupuk tetelaku sosial dan emosi yang disanjungi masyarakat.
4.       Membina kefahaman dan pengetahuan tentang perkara seperti  masa, ruang, hala, jarak, rentak, suai masa dan sebagainya  melalui pengalaman yang bererti.
5.       Memperkayakan pengalaman pergerakan murid dalam pelbagai situasi.
6.        Membina sifat-sifat jasmani seperti kordinasi otot saraf yang cekap, ketangkasan dan kelembutan badan.
7.       Memberi kepuasan dan keseronokan melalui latihan pergerakan .
8.       Melengkapkan murid dengan kemahiran asas untuk kegiatan rekreasi .
          Perkara-pekara penting semasa pengajaran kemahiran motor:
1.       Alat dan kemudahan yang digunakan seharusnya sesuai dengan kanak-kanak.
2.       Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melibatkan diri dalam semua kemahiran untuk sesuatu permainan tertentu.
3.       Aktiviti untuk kanak-kanak boleh diubahsuai supaya kemahiran dapat dikembangkan dengan betul kerana ia memotivasikan kanak-kanak untuk ingin mencapai tahap yang lebih tinggi.
4.       Kanak-kanak perlu mencapai kejayaan di dalam pengalaman pembelajaran mereka. Kanak-kanak akan teru berkecimpung dalam aktiviti tertentu jika mereka pernah merasai kejayaan dan mempunyai tahap keupayaan yang tinggi. Kejayaan memberi keyakinan kepada kanak-kanak.
          Rumusan:
          Merupakan suatu proses untuk meningkatkan prestasi individu melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment