Sunday, October 28, 2012

GOOD LUCK KEPADA SEMUA PELAJAR YANG DISAYANGI

Selamat sejahtera kepada semua pelajar P2B, F2C & F2D:

  • Pastikan anda membuat ulangkaji yang cukup untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti.
  • P2B; baca bahan-bahan yang dibekalkan kepada kamu sama ada melalui fotostat ataupun bahan-bahan yang telah dimuatnaik (upload) ke dalam blog saya. Beri tumpuan kepada objektif, matlamat dan juga aspek-aspek keselamatan. Pastikan anda menjawab memenuhi ruangan kosong yang disediakan.
  • F2C & F2D; pastikan anda membuat persediaan yang rapi tentang TMK. Maklumat-maklumat yang telah saya minta anda muatnaik ke dalam blog masing-masing mungkin berguna kepada anda. 
  • Selamat Maju Jaya kepada anda semua dan saya yakin anda boleh menjawab yang terbaik.
"U NEVER KNOW HOW STRONG U ARE UNTIL BEING STRONG IS THE ONLY CHOICE U HAVE"
“Before you can work smart you must work hard.”

Konsep Pergerakan Asas

Konsep pergerakan asas terbahagi kepada 4 iaitu :
1. Kesedaran ruang.
2. Kesedaran tubuh badan.
3. Beban .
4. Ruang.

I. Kesedaran ruang
Kesedaran ruang melibatkan lokasi, arah , aras , laluan dan ekstensi.
- Lokasi – ruang diri dan ruang am.
- Arah – ( atas- bawah ), ( kiri-kanan ), ( depan belakang )
- Laluan – lurus , melengkung , zig – zag.
- Ekstensi – ( besar – kecil ) , ( jauh – dekat )
Kesedaran ruang menentukan arah pergerakan tubuh badan. Ia juga dapat mengesan tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya gerakan.

II. Kesedaran Tubuh Badan.
Elemen asas yang terdapat dalam kesedaran tubuh badan ialah :
- Gerak laku asas tubuh.
- Aktiviti gerak laku anggota – anggota tubuh.
- Aktiviti serta bentuk – bentuk tubuh badan.
Manakala kesedaran tubuh badan dalam lakuan bahagian tubuh badan memfokuskan fungsi bahagian tubuh badan yang menyokong tubuh badan serta membimbing dan memikul berta badan.

III. Beban
Beban pula melibatkan kelajuan sesuatu pergerakan. Ia juga menitikberatkan akan kekuatan. Antaranya.
- Masa : cepat – lambat.
- Daya : kuat – ringan.
- Aliran : bebas – terikat.

IV. Perhubungan.
Perhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia. Sebagai contoh;
1. Objek : atas – bawah, dekat – jauh, keliling – sisi, bertemu – berpisah.
2. Manusia. Memimpin – ikat, solo, berpasangan dan berkumpulan.

JENIS – JENIS PERGERAKAN ASAS
Pergerakan asas terbahagi kepada 2 kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik.

1. Pergerakan Kreatif
Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan - gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi aktivti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesakan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expression functional ).

CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF
Pendekatan pergerakan kreatif digunakan didalam pergerakan asas Bagi mempertingkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya dalam menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

2. Pergerakan gimnastik
Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Konsep asas gimnastik terbahagi kepada tiga iaitu kelenturan, imbangan dan koordinasi. Ketiga-tiga konsep tersebut memainkan peranan penting dalam melahirkan ahli gimnastik. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga konsep tersebut merupakan asas penilaian terawal seseorang individu yang ingin menceburkan diri dalam sukan gimnastik.

I. Konsep Imbangan
Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti, aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat serta meluncur yang merupakan antara lakuanmemindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik.

II. Konsep Kelenturan ( flexibility )
Kelenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya. Contoh ialah membongkok badan ke hadapan. Menurut Safrit & Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi. Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok. Ekstensi pula adalah pergerakan untuk meluruskan. Contoh bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut pada kegiatan gerak jalan.
Gerakan ayunan ke depan merupakan (ante) fleksi dan ayunan ke belakang disebut (retro) fleksi / ekstensi. Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut hiperekstensi. Manakala menurut Johnson & Nelson (1986), kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian “ artikulasi” dan penyambung otot.

III. Konsep Koordinasi
Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki, dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu. Contoh aktiviti,ialah melambung dan menyambut bola besar atau pundi kacang yang mana memerlukan keselarasan mata, tangan,kaki dan badan untuk melambung dan menyambut bola tersebut. Koordinasi badan terdiri daripada koordinasi kimia dan juga koordinasi saraf. Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita. Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokrin utama iaitu pituitari, tiroid, adrenal, pankreas, ovari dan juga testis. Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan dan contohnya ialah jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi seseorang akan mengidap kencing manis. Dengan ini, secara tidak langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti.

KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS
Di dalam pergerakan asas terdapat 3 kemahiran iaitu;
1. Kemahiran Lokomotor.
2. Kemahiran Bukan Lokomotor.
3. Kemahiran Manipulasi Alatan.
A. Kemahiran Lokomotor.
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

Konsep Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

ARAH
Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan

HALUAN
Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain

MASA
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal

Bentuk Pergerakan Lokomotor

BERJALAN
Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
2. Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan
3. Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan
4. Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan
5. Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak
6. Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan
7. Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan
8. Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan
9. Berjalan naik tangga

BERLARI
Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus
2. Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi.
3. Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan
4. Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat
di berikan dan berlari semula
5. Berlari kehadapan serta berundur kesisi
6. Berlari mengikut seorang ketua
7. Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan
8. Berlari mengikut arah zig zag
9. Lari beberapa langkah dan kemudian melompat

MELOMPAT
Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Melompat seperti rusa melompat pagar
2. Melompat tali atau garisan di atas lantai
3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai
4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan
5. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
6. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat
7. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
8. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat
9. Melompat sambil mengubah arah lompatan

MELOMPAT KETINGTING
Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat
kiraan
2. Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan
3. Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan
mengikut isyarat
4. Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak

MERANGKAK
Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Merangkak melalui pelbagai halangan
2. Merangkak melalui bawah sarang labah-labah
3. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat
4. Merangkak melalui tali
B. Kemahiran Bukan Lokomotor.
Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.
Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik badan seharusnya berada dalam keadaan fleksibel dan seimbang. Gerakan dalam aktiviti ini perlulah di buat dalam keadaan tenang dan kurang tekanan.

Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor

DUDUK
Di antara aktiviti berjalan yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:
1. Duduk dalam keadaan bersila
2. Duduk dalam keadaan melunjur
3. Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan
4. Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit
5. Duduk dalam keadaan kaki keatas dengan gaya mengayuh basikal
6. Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki
7. Duduk melutut
8. Duduk mendekam

BERDIRI
Di antara aktiviti berdiri yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:
1. Berdiri lurus
2. Berdiri dengan membongkok ke hadapan
3. Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya
dengan kaki kanan
4. Berdiri dengan memusing pada paras pinggang
5. Berdiri dengan mengilas ke kiri dan ke kanan
6. Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan
seterusnya berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut
kiri
7. Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki
8. Berdiri dengan memusing tangan ke kiri dan ke kanan

C. Kemahiran Manipulasi Alatan

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar
untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.


Konsep Kemahiran Manipulasi Alatan

Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.Kemahiran manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal,mengawasi atau menangani sesuatu.objek.
Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.

Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat
Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah:

MEMBALING DAN MELAMBUNG
Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan
jasmani ialah seperti berikut:
1. Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula
4. Meleretkan bola kedinding dan menahan semula

MENYAMBUT
Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula
4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan
5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

MEMUKUL
Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:
1. Memukul alatan dengan tangan
2. Memukul alatan dengan gengaman
3. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran
4. Melambung belon keudara dan kemudian memukul

RUJUKAN & TERIMA KASIH KEPADA
http://www.scribd.com/doc/35296251/KONSEP-PERGERAKAN-ASAS
http://cikguamira.blogspot.com/2011/11/tugasan-isl-1-pjm-3102.html

JENIS BATERI UJIAN & PERGERAKAN ASAS PJM3102

Sila lawat laman : http://www.scribd.com/doc/48789878/JENIS-BATERI-UJIAN

Bacaan tambahan; Pergerakan Asas PJM3102 sila lawat laman http://www.scribd.com/doc/38612402/PA

MODEL KURIKULUM BUNKER & THORPE (1982) (Teaching Game for Understanding (TGfU))


1. Bentuk permainan (Game form)
Bentuk permainan dalam model kurikulum Bunker & Thorpe (1982) ialah permainan mini yang menyerupai permainan sebenarnya. Bentuk permainan itu melibatkan ruang permainan, alatan permainan, bilangan pemain dll. Pelajar-pelajar perlu memahami bentuk permainan untuk mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan.

2. Penghayatan permainan (Game appreciation)
Pelajar diperlukan memahami peraturan permainan yang diubahsuaikan dari permainan asal.
Kemudian, mereka akan menghayati bahawa pengubahsuaian peraturan akan mengubah taktik yang akan digunakan. Misalnya, apabila peraturan diubah agar saiz gol dibesarkan, maka penjagaan gol adalah lebih susah dan taktik pertahanan juga perlu diubahkan.

3. Kesedaran taktikal ( Tactical awareness)
Pelajar menggunakan peraturan permainan untuk menambah faedah kepada pasukan sendiri sambil  mengurangkan faedah pihak lawan. Mereka mengaplikasikan pendekatan taktikal berdasarkan prinsip-prinsip permainan seperti:
·         mencipta ruang untuk pihak sendiri / menghadkan ruang pihak lawan.
·         bertindakbalas terhadap kekuatan/kelemahan pasukan diri/lawan
·         penguasaan bola – melindungi bola diri tetapi merampas bola lawan.

4. Membuat keputusan (Decision making)
       Semasa permainan dijalankan, pelajar-pelajar sentiasa menilai situasi, menjangka kemungkinan
       dan membuat keputusan memilih tindakan yang sesuai mengikut situasi tentang
·         apa yang perlu dilakukan
·         bila melakukannya
·         bagaimana melakukannya

5. Pelaksanaan kemahiran ( Skill execution)
Setelah murid-murid mengenalpasti apa yang perlu dibuat dan bila perlu membuatnya, mereka adalah rela dan bersedia untuk belajar bagaimana melakukan kemahiran dengan berkesan.
Contoh: setelah seseorang pelajar mengenalpasti faedah memukul bulu tangkis ke belakang gelanggang lawannya, maka dia adalah lebih rela dan bersedia mempelajari teknik ‘drop shot’.

Di peringkat pelaksanaan kemahiran,  fokus pembelajaran (butiran mengajar) untuk melakukan sesuatu kemahiran itu adalah ditekankan. Semua kemahiran itu dipelajari mengikut kesesuaian dalam konteks permainan, bukan secara berasingan.

6. Penilaian prestasi (Performance)
      Hasil pembelajaran dinilai berdasarkan kriteria tertentu dalam aspek-aspek:
  • kebolehan kemahiran pelajar dalam situasi permainan
  • respon yang bersesuaian dengan situasi yang berada di dalam permainan.


PERGERAKAN ASAS


PENGENALAN PERGERAKAN ASAS
           Pergerakan:   proses yang memandu pelajar untuk memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvasasi dengan menekankan kebebasan eksperesi yang berteraskan penerokaan, penemuan dan kreativiti.
          Pendidikan Pergerakan:  belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.
          Haubensstriker dan Seefeld (1986), menyatakan bahawa tempoh di sekolah rendah adalah penting untuk mempelajari kemahiran motor yang melibatkan lokomotor dan objek-objek kawalan motor.
          Perkembangan kemahiran asas dalam kalangan murid menjadi satu tugas utama pendidikan jasmani.
          Kemahiran berbentuk utilitarian (untuk menjalankan tugas-tugas seharian) dan keriadahan (untuk kegiatan masa lapang).
          Pihak sekolah perlu menyediakan peluang dan kemudahan yang secukupnya supaya murid memperoleh berbagai kemahiran semasa belajar di sekolah rendah untuk menggalakkan mereka terus melibatkan diri dalam kegiatan sukan di sekolah menengah.
          Bagi mencapai matlamat ini latihan kemahiran dengan menggunakan peralatan seperti pundi kacang, bola kecil dan besar, gelung rotan, tali dan peralatan asas membantu murid menguasai kemahiran manipulasi dan ketangkasan.
          Pakar PJ (Gallahue, D.L., 1996; Gabbard, C., LeBlanc, B, & Lowy, S., 1994; Burton, 1977) membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif.
          Thomas, Lee & Thomas (1998) pula menyatakan bahawa manipulasi melibatkan 3 aspek:
1.       Memberi tenaga kepada objek-objek seperti  melontar, menyepak, memukul, merejaam dan mengumpan.
2.       Menguasai objek termasuk menagkap dan menyambut
3.       Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul.
·                    Selepas mempelajari kemahiran ini, barulah murid bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih      rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan.
          Matlamat Pergerakan Asas:
1.       Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan
2.       Memantapkan kecergasan fizikal, pengetahuan dan sikap
3.       Memperkembangkan keyakinan dan daya cipta murid dalam segala pergerakan yang memerlukan kawalan badan
          Objektif Pergerakan Asas:
1.       Memberi peluang kepada murid membina kecekapan dan keyakinan dalam segala kegiatan.
2.       Memperbaiki penyelarasan ototsaraf, daya tenaga asas, ketangkasan dan timbangan dalam penggunaan peralatan.
3.       Memupuk tetelaku sosial dan emosi yang disanjungi masyarakat.
4.       Membina kefahaman dan pengetahuan tentang perkara seperti  masa, ruang, hala, jarak, rentak, suai masa dan sebagainya  melalui pengalaman yang bererti.
5.       Memperkayakan pengalaman pergerakan murid dalam pelbagai situasi.
6.        Membina sifat-sifat jasmani seperti kordinasi otot saraf yang cekap, ketangkasan dan kelembutan badan.
7.       Memberi kepuasan dan keseronokan melalui latihan pergerakan .
8.       Melengkapkan murid dengan kemahiran asas untuk kegiatan rekreasi .
          Perkara-pekara penting semasa pengajaran kemahiran motor:
1.       Alat dan kemudahan yang digunakan seharusnya sesuai dengan kanak-kanak.
2.       Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melibatkan diri dalam semua kemahiran untuk sesuatu permainan tertentu.
3.       Aktiviti untuk kanak-kanak boleh diubahsuai supaya kemahiran dapat dikembangkan dengan betul kerana ia memotivasikan kanak-kanak untuk ingin mencapai tahap yang lebih tinggi.
4.       Kanak-kanak perlu mencapai kejayaan di dalam pengalaman pembelajaran mereka. Kanak-kanak akan teru berkecimpung dalam aktiviti tertentu jika mereka pernah merasai kejayaan dan mempunyai tahap keupayaan yang tinggi. Kejayaan memberi keyakinan kepada kanak-kanak.
          Rumusan:
          Merupakan suatu proses untuk meningkatkan prestasi individu melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki.