Thursday, September 11, 2014

TUGASAN PROJEK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
TUGASAN PROJEK



TAJUK PROGRAM PISMP
KOD DAN NAMA KURSUS : 
WAJ3073 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI
SEMESTER : EMPAT
TARIKH MULA : 7 SEPTEMBER 2014
TARIKH HANTAR : 2 OKTOBER 2014

Hasil Pembelajaran Kursus
1.   Menghuraikan peranan Seni Dalam Pendidikan dan menjelaskan konsep asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan sebagai cara menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.   Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka, mengalami dan mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak.
3.   Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pelbagai mata pelajaran yang lain.
4.   Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni.
5.   Mempamerkan kemahiran insaniah melalui aktiviti amali yang dilaksanakan.

 Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran nombor  2 dan 3

 Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :       

  1. Membuat satu RPH KSSR yang lengkap penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan dalam persediaan mengajar bagi mata pelajaran seperti : Matematik atau Sains, Bahasa, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kemahiran Hidup, Pemulihan & Pengayaan, Pendidikan Khas dan Masalah Pembelajaran.
  2. Membuat pengajaran mikro untuk RPH tersebut
  3. Membuat refleksi sepanjang penyediaan tugasan.
 Tugasan  Projek ( 100% )
Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan strategi- strategi yang berkesan. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkualiti sekiranya anda membuat perancangan yang baik sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

  1. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (30%)
Anda dikehendaki menyediakan satu RPH KSSR yang lengkap penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan dalam persediaan mengajar bagi mata pelajaran seperti : Matematik atau Sains, Bahasa, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kemahiran Hidup, Pemulihan & Pengayaan, Pendidikan Khas dan Masalah Pembelajaran.

  1. Penulisan Refleksi (20%)

Membuat refleksi  sepanjang penyediaan tugasan ini secara individu.

  1. Pengajaran Mikro (50%)

Anda dikehendaki melaksanakan pengajaran mikro untuk RPH tersebut. Setiap orang dalam  ahli kumpulan anda dikehendaki mengajar mengikut fasa yang telah ditetapkan oleh ahli kumpulan.

Panduan Pelaksanaan Projek
1.         Tugasan hendaklah dibuat secara berkumpulan iaitu 2-4 orang.
2.         Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data.
3.         Format penulisan tugasan adalah seperti berikut;
            i.          Format am penyediaan tugasan:
a.    Font Arial
b.    Saiz huruf ialah  12
c.    Langkau satu setengah baris  (kecuali RPH)
d.    Rujukan mengikut format APA
e.    Align : Justify
f.     Lampiran
ii.         Format kulit luar :
a.    Logo KPM di bahagian kiri
b.    Logo IPGM di bahagian kanan
c.    Tajuk
d.    Tarikh
e.    Tempat
f.     Kursus
g.    Nama Pelajar / Program
h.    Nama ketiga-tiga pensyarah
i.      Tarikh hantar
4.         Amalan plagiat tidak dibenarkan.
5.         Tugasan ini perlu disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
6.         Anda wajib menyertakan Borang Maklum Balas Tugasan di hadapan tugasan anda.
7.         Pengajaran mikro akan dijalankan sepanjang minggu ke 17 iaitu mulai 12 Oktober hingga 16 Oktober 2014 mengikut jadual yang ditetapkan.
8.         Tugasan ini membawa markah 100%  dan wajaran 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1.         Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

i.          Mengikut format RPH yang terkini untuk KSSR iaitu meliputi:
a.    Hasil Pelajaran
b.    Isi Pelajaran
c.    Strategi P&P
d.    Sumber P & P
e.    Penerapan Nilai
f.     Unsur Kemahiran Berfikir
ii.         Aktiviti yang menarik, mencabar dan disusun secara ansur maju.
iii.        Perhubungan seni visual, muzik dan pergerakan yang kreatif.

2.         Penulisan Refleksi

a. Kematangan dalam membuat refleksi kritikal dan ulasan kendiri
b. Kemampuan membuat tindakan susulan.

3.         Pengajaran Mikro

a.    perkembangan pengajaran
b.    pengurusan bilik darjah
c.    komunikasi

3.         Keseluruhan isi  perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah.
4.         Penulisan kerja kursus  harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.


No comments:

Post a Comment