Thursday, September 11, 2014

RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK

RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK



KURSUS  : SENI DALAM PENDIDIKAN
KOD         : WAJ3073
PROGRAM  : PISMP
SEMESTER :  4


Tarikh mula tugasan :  7 September 2014
Tarikh hantar tugasan  :  2 Oktober 2014


SKALA
KRITERIA
Amat cemerlang
90 – 100%






























Penulisan RPH
-       Pengetahuan sangat luas dan menyeluruh
-       Mengikut format yang terkini dan betul :
1. Hasil  Pembelajaran eksplisit, tepat, jelas dan spesifik mengikut kebolehan murid serta kehendak sukatan pelajaran
2. Isi kandungan amat sesuai dengan hasil pembelajaran dan sukatan pelajaran. Pemeringkatan isi pelajaran amat jelas mengikut urutan bagi mencapai hasil pembelajaran.
3. Strategi dan aktiviti amat sesuai, bertepatan dan mengambil kira semua aspek pengajaran pembelajaran termasuk unsur-unsur ICT dan KMD.
4. Pemilihan sumber amat baik dan amat sesuai serta amat membantu proses pengajaran pembelajaran termasuk ICT.
5. Pemilihan nilai amat sesuai untuk diterapkan melalui pelajaran yang akan disampaikan.
6. Penyataan kemahiran berfikir amat jelas dan sesuai.

Pengajaran Mikro
1. Berjaya melaksanakan langkah-langkah pengajaran dengan amat teratur dan terkawal. Maklumat / bahan yang diajar berjaya disampaikan berperingkat-peringkat.
2. Amat berjaya mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran di kalangan sebahagian besar murid.
3. Kualiti suara adalah amat baik, dapat mempelbagaikan nada dan intonasi serta kelantangan suara amat sesuai. Sebutan adalah amat jelas, tepat, menarik dan dapat mengekalkan perhatian semua murid.

Refleksi
1. Menunjukkan kematangan dalam membuat refleksi kritikal dan ulasan kritikal.
2. Kebolehan membuat tindakan susulan
3. Memperlihatkan perkembangan dan peningkatan kualiti diri
Cemerlang
80 – 89%











Penulisan RPH
-       Pengetahuan  luas dan menyeluruh
1. Hasil pembelajaran eksplisit, tepat, jelas dan spesifik mengikut kehendak sukatan pelajaran tetapi kurang mengikut kebolehan murid.
2. Isi kandungan sesuai dengan hasil pembelajaran dan sukatan pelajaran. Pemeringkatan isi pelajaran mengikut urutan bagi mencapai hasil pembelajaran.
3. Strategi dan aktiviti sesuai, bertepatan dan mengambil kira semua aspek pengajaran pembelajaran termasuk unsur-unsur ICT dan KMD
4. Pemilihan sumber baik, sesuai serta membantu proses pengajaran pembelajaran termasuk penggunaan ICT.
5. Pemilihan nilai sesuai untuk diterapkan melalui pelajaran yang akan disampaikan.
6. Penyataan kemahiran berfikir jelas dan sesuai. Terdapat langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran berfikir. Terdapat aktiviti yang melibatkan pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran untuk kemahiran berfikir.
Pengajaran Mikro
1. Berjaya melaksanakan langkah-langkah pengajaran secara teratur dan terkawal.
2. Berjaya mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran dalam kalangan sebahagian besar murid./ Dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan dapat memotivasikan sebahagian besar murid./ Dapat mengawal disiplin dengan baik. Arahan jelas dan dipatui oleh sebahagian besar murid.
3. Kualiti suara adalah baik, dapat mempelbagaikan nada dan intonasi serta kelantangan suara sesuai. Sebutan suara adalah jelas, tepat, menarik dan dapat mengekalkan perhatian murid.

Refleksi
1. Dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran pembelajaran serta mengambil tindakan susulan.
Kepujian
65 – 79%











Penulisan RPH
-       Pengetahuan yang memuaskan
1. Hasil pembelajaran eksplisit, tepat, jelas, tetapi kurang spesifik mengikuti kebolehan murid serta kehendak sukatan pelajaran.
2. Isi kandungan sesuai dengan hasil pembelajaran dan sukatan pelajaran.
3. Strategi dan aktiviti sesuai tetapi hanya mengambil kira sebahagian daripada faktor berikut: hasil pembelajaran yang hendak dicapai, isi pelajaran, keunikan individu murid, sumber pengajaran pembelajaran, masa dan situasi.
4. Pemilihan sumber sesuai, mencukupi tetapi kurang menarik, kurang mencabar dan kurang berfungsi.
5. Pemilihan nilai kurang sesuai untuk diterapkan melalui pelajaran yang akan disampaikan.
6. Terdapat pernyataan kemahiran berfikir yang sesuai dengan isi kandungan. Terdapat penggunaan alat berfikir dan bahan rangsangan tetapi kurang sesuai dengan aktiviti dan langkah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih.
Pengajaran Mikro
1. Boleh melaksanakan langkah pengajaran dengan teratur tetapi ada kalanya kurang berjaya dalam pengurusan masa.
2. Ada usaha mengawal disiplin namun masih ada tanda keraguan dalam tindakannya.
3. Suara lantang, nada, intonasi dan cara bertutur dapat dipelbagaikan tetapi kurang peka tentang tahap penggunaan bahasa murid.

Refleksi
1. Membuat catatan refleksi tetapi kurang mengambil tindakan susulan dan menunjukkan usaha meningkatkan kualiti diri.
Lulus
50 – 64%





























Penulisan RPH
1.Hasil pembelajaran kurang eksplisit, kurang tepat dan kurang sesuai dengan kebolehan murid serta kehendak sukatan pelajaran.
2. Isi kandungan kurang sesuai dengan hasil pembelajaran dan sukatan pelajaran. Pemeringkatan isi pelajaran kurang mengikut urutan untuk mencapai hasil pembelajaran.
3.Stategi dan aktiviti kurang mengambil kira hasil pembelajaran yang hendak dicapai, isi pelajaran, keunikan individu murid, sumber pengajaran pembelajaran, masa dan situasi.
4. Pemilihan sumber kurang sesuai, kurang mencukupi, kurang menarik, kurang mencabar dan kurang berfungsi.
5. Pemilihan nilai yang tidak sesuai untuk diterapkan melalui pelajaran yang akan disampaikan.
6. Terdapat pernyataan kemahiran berfikir tetapi kurang sesuai dengan isi kandungan pelajaran. Kurang jelas penggunaan alat berfikir dan kurang bahan rangsangan yang sesuai dengan kemahiran. Kurang aktiviti yang boleh mencabar keupayaan minda.

Pengajaran Mikro
1. Kurang berjaya melaksanakan langkah-langkah penyampaian. Penyampaian isi pelajaran kurang teratur.
2. Kurang berjaya mengurus dan mengawal kelas.  Kurang peka terhadap disiplin murid. Arahan yang diberi kurang jelas.
3. Penggunaan bahasa dan sebutan yang kurang jelas untuk berkomunikasi dengan kelas atau individu. Suara kurang lantang; nada, intonasi dan cara bertutur kurang dipelbagaikan.

Refleksi
1. Menyediakan catatan tetapi kurang memperlihatkan usaha untuk membuat refleksi.
2. Catatan refleksi kurang berkualiti.
Gagal
0 – 49%


















Penulisan RPH
-       Tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan menyeluruh
-       Tidak mengikut format yang terkini dan betul :
1. Hasil pembelajaran tidak eksplisit, tidak sesuai dengan peringkat kebolehan murid dan tidak memenuhi kehendak sukatan pelajaran.
2. Isi kandungan tidak sesuai dengan hasil pembelajaran dan sukatan pelajaran.
3. Strategi dan aktiviti tidak sesuai dan tidak mengambil kira hasil pembelajaran yang hendak dicapai.
4.Pemilihan sumber yang tidak sesuai, tidak mencukupi, tidak menarik, tidak mencabar dan tidak berfungsi.
5. Tidak mencatatkan nilai yang perlu diterapkan dalam pengajaran.
6. Tiada pernyataan mengenai kemahiran berfikir. Tiada  contoh soalan berdaya fikir.
Pengajaran Mikro
1. Penyampaian isi pelajaran tidak teratur. Tidak berjaya melaksanakan langkah-langkah penyampaian.
2. Tidak dapat mengurus dan mengawal kelas. Arahan yang diberi mengelirukan.
3.Menghadapi masalah sebutan dan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan kelas atau individu. Suara tidak lantang; nada intonasi dan cara bertutur tidak dipelbagaikan.

Refleksi
1. Menyediakan catatan tetapi tidak memperlihatkan usaha untuk membuat reflektif
2. Catatan reflektif tidak berkualiti.


1 comment:

  1. New Orleans Casino & Hotel Tickets - JTM Hub
    Looking for new and returning 군포 출장샵 home for a great deal? Jtm Las Vegas Hotel and 서울특별 출장안마 Casino is your new favorite 밀양 출장마사지 resort 원주 출장마사지 destination. Find cheap Las Vegas 경상남도 출장안마 casino and

    ReplyDelete