Sunday, June 24, 2012

TUGASAN TMK M2 : F2C & F2D

Salam sejahtera buat pelajar-pelajar F2C dan F2D. Tugasan minggu ke-2 adalah seperti berikut: 
Terdapat 4 penggunaan TMK dalam P&P. Setiap kumpulan dikehendaki menghuraikan kategori/ mod berikut:
1. Tutorial
2. Penerokaan
3. Aplikasi
4. Komunikasi
Nyatakan kelebihan dan kekurangan mod pembelajaran di atas. Poskan ke blog anda sebelum 30 Jun 2012 dan masukkan ke dalam komen di blog saya.
Terima kasih.


Renung-renungkanlah: If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.
~ Thomas Jefferson

14 comments:

  1. Terima kasih Puan atas tugasan yang yang diberi, Alhamdulilah saya dapat menyiapkan juga tugasan yang Puan berikan. Diharap Puan dapat menerima hasil tugasan saya seadanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelebihan & Kelemahan Mod Pembelajaran Dalam TMK
      NYATAKAN KELEBIHAN DAN KELEMAHAN MOD PEMBELAJARAN :-

      Tutorial
      Penerokaan
      Aplikasi
      Komunikasi
      _______________________________________________________________________
      TUTORIAL
      Kelebihan Mod Pembelajaran [ Tutorial ]

      Pembelajaran individu
      Belajar ikut kemampuan sendiri
      Meningkatkan motivasi
      Penyeliaan minimum
      Kelemahan Mod Pembalajaran [ Tutorial ]

      Perisian tidak bemutu - pembaziran
      Tidak produktif
      Penyalahgunaan ICT
      Masa lebih digunakan


      2. PENEROKAAN


      Kelebihan Mod Pembelajaran [ Penerokaan ]

      Pelajar bebas pilih gaya atau haluan pembelajaran masing-masing.
      Pelajar aktif bina pengetahuan
      Peluang menangani masalah sebenar
      Sesuai dengan konsep pembelajaran terkini konstruktivis atau kecerdasan pelbagai
      Kelemahan Mod Pembelajaran [ Penerokaan ]

      Pelajar sesat atau hilang haluan dalam P&P
      Masa pembelajaran lebih lama

      3. APLIKASI

      Kelebihan Mod Pembelajaran [ Aplikasi ]
      Pelajar mampu memberi tumpuan dalam P&P
      Guru boleh memberi masalah atau mencabar minda pelajar
      Pelajar dapat tingkatkan kecekapan mahupun ketepatan
      Kelemahan Mod Pembelajaran [ Aplikasi ]
      Tanpa penerangan atau pengawasan pelajar mungkin gagal dalam pembelajaran
      Pelajar pelbagai kecerdasan sukar disatukan
      Masa pembelajaran sukar dikawal

      4. KOMUNIKASI

      Kelebihan Mod Pembelajaran [ Komunikasi ]
      Pembelajaran kolaboratif
      Meningkatkan penglibatan pelajar
      Mampu berkomunikasi terus dengan pakar dari seluruh dunia
      Kelemahan Mod Pembelajaran [ Komunikasi ]
      Leka berkomunikasi atau hilang perhatian terhadap P&P
      Kos P&P tinggi
      Masa P&P lama mungkin membosankan

      Delete
    2. Terdapat 4 Penggunaan TMK Dalam P&P



      Skop Perbincangan Perlu Menghuraikan Mod / Kategori Berikut :-

      (1) Tutorial
      (2) Penerokaan
      (3) Aplikasi
      (4) Komunikasi
      _______________________________________________________________________

      (1) TUTORIAL

      TMK dalam pembelajaran Tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.

      Pembelajaran tutorial ini merangkumi :-
      Pembelajaran ekspositori
      Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem
      Latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem
      Bagaimana TMK digunakan dalam pembelajaran tutorial?

      (a) Alat TMK yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.

      (b) Istilah Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P. Kemudiannya, istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intellingent Tutoring System pula digunakan.

      (c) Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang bercirikan kecerdasan.

      (d) Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuaikan maklumat yang disampaikan dengan kemampuan dan keperluan murid.

      (e) Secara umumnya, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut :
      mempersembahkan maklumat
      membimbing
      menyediakan / memberi latihan
      menilai pencapaian
      Menurut Clack dan Sun, (1996) :

      " Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru."

      Apakah situasi yang sesuai untuk menggunakan pendekatan mod tutorial ini?

      (a) Kelas yang mengandungi kemampuan belajar yang berbeza. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain mengguna komputer.

      (b) Guru terpaksa bertugas luar dan keals diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini, guru tersebut boleh merancang pembelajaran menggunakan komputer.

      (c) Terdapat murid yang sukar mengikuti pelajaran guru. Dalam situasi ini, guru boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan.

      (d) Terdapat murid yang cerdik memerlukan aktivit pengayaan.

      (e) Dalam situasi ini, perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.

      Delete
    3. (2) PENEROKAAN
      TMK dalam mod penerokaan digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, Portal Maklumat dan sebagainya.
      Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
      Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
      Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui TMK.

      Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

      Bagaimana TMK digunakan dalam pembelajaran penerokaan?

      Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada ;
      * pemikiran kritis
      * penyelesaian masalah
      * pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.

      Apakah situasi yang sesuai untuk menggunakan pendekatan mod penerokaan ini?
      (a) Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan.

      (b) Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.

      (c) Aktiviti yang berkaitan kajian masa depan.

      (d) Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.
      _______________________________________________________________________

      (3) APLIKASI
      TMK dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakn tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat P&P.
      Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau pengunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.
      Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, computer aided design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.
      _______________________________________________________________________

      (4) KOMUNIKASI
      TMK dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.
      Kemajuan TMK pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut;
      teks
      grafik
      audio
      video
      kombinasi pelbagai mod
      Bagaimana TMK digunakan sebagai alat komunikasi dalam P&P?

      Terdapat 4 teknik untuk komunikasi melalui TMK, iaitu ;
      Teknik Seorang - Sendirian
      Teknik Seorang Kepada Seorang
      Teknik Seorang Kepada Ramai
      Teknik Ramai Kepada Ramai

      Delete
  2. Assalamualaikum Pn Faridah,..minta maaf di atas kelewatan mengepos jawapan bagi tugasan di atas...

    Kelebihan dan kekurangan 4 penggunaan TMK dalam P&P:
    1) TUTORIAL
    Penggunaan ini adalah menyampaikan kandungan pelajaran mengikut urutan yang telah ditetapkan.Alat yang selalu digunakan ialah computer dan perisian pendidikan yang disimpan dalam CD-ROM,hard disc mahupun laman web.Perisian ini mempunyai satu atau lebih komponen-komponen seperti :
    i) Mempersembahkan maklumat
    ii) Membimbing
    iii) Memberi latihan
    iv) Menilai pencapaian
    Walau bagaimana pun,guru terlebih dahulu perlu menilai perisian pendidikan yang hendak digunakan samada sesuai ataupun tidak.
    Kelebihan:
    i) Boleh dilakukan secara individu ataupun berkumpulan
    ii) Sesuai digunakan dalam kelas yang mengandungi jumlah murid yang ramai
    iii) Ia juga sesuai untuk kelas yang gurunya terpaksa bertugas di luar dan diselia oleh guru ganti
    iv) Pembelajaran menjadi lebih menarik
    Kekurangan :
    i) Guru perlu memeriksa terlebih dahulu perisian pendidikan tersebut
    ii) Guru perlu menguasai kemahiran menggunakan alat-alat ICT kerana guru dianggap sebagai role model kepada murid
    iii) Terdapat sesetengah murid yang sukar menerima atau mengikut pengajaran guru,jadi guru terpaksa mengawal dua kumpulan yang berbeza kemampuan penguasaan
    2) PENEROKAAN
    Penggunaan ini ialah mencari dan mengakses maklumat daripada Internet,Portal,Blog,CD-ROM dan sebagainya.Pendek kata,setiap maklumat yang dikehendaki oleh murid berada di hujung jari mereka sahaja.
    Kelebihan :
    i) Murid mendapat peluang dan pengalaman sendiri mencari maklumat yang dikehendaki
    ii) Murid juga dapat menentukan hala tuju dan kemajuan pembelajaran mereka
    iii) Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan hebat
    Kekurangan :
    i) Guru perlu memantau aktiviti carian murid
    ii) Sesetengah murid menyalahgunakan penggunaan ini kepada aktiviti negative
    iii) Kemungkinan kesilapan membuka laman web mahupun blog yang salah
    3 ) APLIKASI
    ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran aplikasi apabila ICT digunakan sebagai medium bagi membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.Contoh: Microsoft Word, Excel, Encarta dan CAD. Menurut Clark dan Sun, penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan digunakan hanya digunakan seperti mesen taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan esei atau huraian dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil esei dan huraian ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.
    Kelebihan :
    i) Murid boleh memberikan tumpuan kepada aktiviti pembelajaran yang praktikal
    ii) Guru boleh mengemukakan masalah yang boleh mencabar minda murid
    iii) Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran
    Kekurangan :
    i) Hanya murid yang menguasai kemahiran ini dapat mempraktikkannya
    ii) Guru perlu prihatin terhadap kemampuan penerimaan seseorang murid
    4)KOMUNIKASI
    Boleh dikatakan sebagai alat komunikasi apabila digunakan untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk melalui media elektronik diantara dua pihak dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod.Empat teknik komunikasi melalui penggunaan ICT :
    i) Teknik Seorang - Sendirian
    ii) Teknik Seorang kepada Seorang
    iii) Teknik Seorang kepada Ramai
    iv) Teknik Ramai kepada Ramai
    Kelebihan :
    i) Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.
    ii) Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui “ peer group” yang bersifat global.
    iii) Boleh melibat pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran
    Kekurangan :
    i) Perlu mempunyai alat ICT yang sesuai untuk menggunakan teknik-teknik di atas
    ii) Teknik-teknik di atas boleh dijalankan bergantung kepada pihak kedua.Maknanya,pihak kedua juga perlu mempunyai peralatan ICT juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Puan faridah, saya wakil bagi kumpulan kami yang terdiri daripada 3 orang iaitu Siti Mariam, Nurizawati dan Muhammad Adib. Tugasan yang puan berikan telah kami bincangkan dan kami mempersembahakan disetiap blog dengan persembahan yang tersendiri. Disini saya sertakan link bagi ketiga2 blog kami:

      Siti Mariam :http://marymeharunnisa.blogspot.com/
      Nurizawati :http://nurizawati.blogspot.com/
      Muhammad Adib :http://muhammadadib2012.blogspot.com/

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Puan Faridah ni Suriati Frazirin punya...... http://suriafaz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. SALAM....PUAN FARIDAH, SAYA NUR AZIRA BT RAZAK..INI HASIL TUGASAN YANG SAYA SUDAH SIAPKAN...http://nurazirabintirazak.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum Puan.... segala tutorial telah pun saya sediakan dalam blog saya, diharap ia menepati kriteria yang puan kehendaki....http://karimatulhuda84.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. http://noremasayu.blogspot.com/

    Assalammualaikum Puan Faridah...saya telah siapkan tugasan yang puan berikan di dalam blog saya...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum Puan, mohon maaf atas kelewatan update blog tugasan kerana masalah khidmat internet yang terhad. walau bagaimanapun, tugasan tersebut telah disiapkan dan dipostkan di blog saya www.pakcikgoogle.blogspot.com
    sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum Puan Faridah.Apa khabar? di doakan dalam keadaan sihat hendaknya... tutorial minggu 1 dan 2 telah pun saya sediakan dalam blog saya, diharap ia menjawab soalan2 puan....http://abdulraisothman.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbt....Puan Faridah yang disayangi...kami dah selesaikan tugas yang puan berikan kepada kami dan kami telah muat turunkan dalam blog peribadi kami....terima kasih puan...
    karimatulhuda binti nor mohamad : http://karimatulhuda84.blogspot.com/
    suriati fazirin binti abd wahab : http://suriafaz.blogspot.com/
    noremasayu binti abd kader : http://noremasayu.blogspot.com/
    nur azira binti razak : http://www.nurazirabintirazak.blogspot.com/

    ReplyDelete